Sejarah operasi Dassault_Mirage_F1

Kejayaan pesawat Mirage F1 dalam pasaran eksport menjadikan pesawat ini ada kalanya terlibat dalam pertempuran dengan beberapa tentera udara di beberapa tempat di dunia.

Afrika Selatan

Kedua-dua versi F1-CZ dan F1-AZ milik Tentera Udara Afrika Selatan beraksi dalam operasi semasa Perang Saudara Angola, di mana 2 buah pesawat MiG-21 Angola telah ditembak jatuh oleh pesawat F1CZ. Sekurang-kurangnya sebuah pesawat F1CZ telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara Angola. Sebuah pesawat Mirage F1 Afrika Selatan berjaya dirosakkan oleh peluru berpandu udara ke udara R-60/AA-8 Aphid dalam pertempuran udara pada 29 September 1987 dengan pesawat MiG-23 Cuba. Pesawat ini kemudian ditarik keluar daripada perkhidmatan selepas mengalami kerosakan yang lebih teruk setelah melakukan pendaratan kecemasan. Juruterbang pesawat ini juga mengalami kecederaan serius setelah kerusi lentingnya gagal berfungsi. [perlu rujukan]

Maghribi

30 buah Mirage F1CH telah dipesan dari Dassault oleh Tentera Udara Diraja Magribi pada 1975, dengan penghantaran pertama dibuat pada 1978. Pesawat ini terlibat dalam pertempuran seawal tahun 1979 dengan menentang tentera Barisan Polisario yang beroperasi di Sahara Barat. Ketika menyerang kedudukan Polisario, pesawat Mirage telah ditentang oleh meriam anti pesawat dan peluru berpandu SA-7, menyebabkan kehilangan pesawat pertama Mirage pada November 1979. Bermula pada 1981, pemberontak telah menggunakan peluru berpandu SA-6 dan SA-9 yang didermakan oleh Libya. Dua buah Mirage ditembak jatuh pada Oktober 1981 dan memaksa Tentera Udara Diraja Magribi untuk melaksanakan program kilat, dengan memasang dispenser chaff/suar pada pesawat Mirage. Meskipun begitu, senjata anti pesawat Polisario masih berupaya memberi tentangan ke atas pesawat Mirage Magribi, dengan sekurang-kurangnya 7 buah lagi pesawat ditembak jatuh dan 6 buah musnah dalam kemalangan di antara tahun 1979 dan 1988.[4]

Ecuador

Pesawat Mirage F1JA milik Tentera Udara Ecuador.

Skuadron Tentera Udara Ecuador yang mengoperasikan pesawat Mirage F1JA iaitu (Escuadrón de Caza 2112) pertama kali terlibat dalam pertempuran pada Januari-Februari 1981 semasa konflik singkat Perang Paquisha di antara Ecuador dan Peru, kurang dari 2 tahun setelah pesawat Mirage dihantar ke Ecuador. Pada masa itu, Ecuador memutuskan untuk menentang secara terus dengan mencabar pesawat-pesawat Tentera Udara Peru seperti Mirage 5P dan Sukhoi Su-22M yang mana memberi perlindungan udara ke atas operasi penerjunan dari helikopter di kawasan zon pertempuran. Sebaliknya, pesawat Mirage diletakan diluar kawasan pertempuran dan hanya melakukan rondaan tempur udara di pinggir kawasan tempur, in case the border clashes gave way to penentangan terbuka.

Pada 1995, semasa Perang Cenepa, pesawat Mirage Ecuador kembali beraksi menentang Peru. Kali ini, meskipun sejumlah skuadron diletakan di Pangkalan Tentera Udara Taura, satu detasmen kecil pesawat Mirage F1 dan Kfir C.2 telah diatur gerak ke pangkalan udara hadapan untuk menghalau pesawat tempur Peru daripada memasuki zon pertempuran. Pada 10 Februari, 1995, dua buah Mirage F1JA, yang dipandu oleh Mejar R. Banderas dan Kapten C. Uzcátegui dengan dipersenjatai peluru berpandu udara ke udara Matra R550 Magic, telah diarahkan memintas lima sasaran yang melintasi sempadan dari Peru ke arah lembah Cenepa. Selepas mendapat pengesahan visual, pesawat Mirage telah melepaskan peluru berpandu, dan berjaya menembak jatuh dua buah pesawat Su-22M Peru, sementara pesawat Kfir pula berjaya memusnahkan sebuah A-37B Dragonfly.[5][6][7][8]

Perancis

Pesawat Mirage F1 Tentera Udara Perancis pertama kali diatur gerak pada tahun 1984 semasa Operasi Manta, campur tangan Perancis di Chad, bagi menentang kebangkitan to counter growing pencerobohan Libya. 4 buah pesawat Mirage F1C-200 memberi perlindungan udara bagi 4 buah pesawat Jaguar, dan telah mengambil bahagian dalam pertempuran kecil menentang pemberontak pro-Libya GUNT.

Pada 1986, pesawat Mirage F1 Perancis kembali ke Chad, sebagai sebahagian dari Operasi Epervier, bersama-sama empat pesawat F1C-200 yang memberi perlindungan untuk pakej pasukan serangan yang terdiri daripada lapan buah pesawat Jaguar dalam serangan udara ke atas pangkalan udara Libya di Ouadi Doum, pada 16 Februari. Dua buah pesawat F1CR juga melakukan misi pengawasan sebelum dan selepas serangan.[9][10]

Pada Oktober 2007, tiga buah pesawat Mirage 2000 dan tiga buah pesawat Mirage F1 telah diatur gerak ke Pangkalan Tentera Udara Kandahar, bagi melaksanakan misi-misi sokongan dekat udara dan pengawasan taktikal bagi menyokong tentera antarabangsa di selatan Afghanistan.[11][12]

Iraq

Semasa Perang Iran-Iraq, pesawat Mirage F1EQ Iraq telah digunakan secara intensif untuk membuat misi-misi pemintasan, serangan darat dan anti kapal.[13] Pada November 1981, pesawat Mirage F1 Iraq telah berjaya menembak jatuh pesawat F-14 Iran, diikuti dengan beberapa buah lagi dalam bulan-bulan selepasnya, telah keyakinan baru kepada Tentera Udara Iraq dalam pertempuran di udara menentang pesawat-pesawat Iran.[14]

Semasa penghujung Perang Iran-Iraq, satu pertempuran kecil berlaku di antara pesawat Mirage F1EQ-5/6 Iraq dengan F-14 Iran di antara Februari sehingga Julai 1988. Juruterbang pesawat Mirage F1 memburu dan menyerang pesawat Tomcat Iran secara agresif pada sebarang keadaan. Pesawat F1EQ-6 dilengkapi dengan sistem-sistem PDE, secara tidak langsung telah mengurangkan tahap kecekapan radar/sistem kawalan tembakan pesawat AWG-9 pesawat F-14.[perlu rujukan] Pada 19 Julai 1988, empat buah Mirage telah menyerang dua buah pesawat F-14 dan berjaya menembak jatuh kedua-duanya, tanpa mengalami sebarang kemusnahan.[perlu rujukan] Pada ketika ini, pesawat F-14 Tomcat Iran telah berjaya menembak jatuh sekurang-kurangnya 13 buah pesawat Mirage F1 Iraq, dua darinya adalah pesawat Mirage F1EQ-4 dan selebihnya adalah pesawat EQ-5 dan 6.[perlu rujukan]

Pada 17 Mei 1987, seorang juruterbang Tentera Udara Iraq yang menerbangkan pesawat F1EQ telah menembak dua peluru berpandu anti kapal Exocet kepada frigat peluru berpandu USS Stark (FFG-31) di Teluk Parsi.[15]

Semasa permulaan Perang Teluk pada 17 Januari, 1991, pesawat EF-111 tanpa bersenjata milik Tentera Udara A.S, yang dipandu oleh Kapten James A. Denton dan Kapten Brent D. Brandon berjaya memusnahkan pesawat Dassault Mirage F1EQ milik Iraq, dan berjaya memusnahkan (untuk pertama kali dan satu-satunya kemusnahan pesawat lain di udara) bagi pesawat F-111.

Tentera Bersekutu kemudian berjaya menembak jatuh beberapa lagi pesawat Mirage Iraq dalam Perang Teluk 1991. 2 buah pesawat F1EQ yang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu Exocet ke atas angkatan tentera laut A.S telah ditembak jatuh oleh pesawat F-15C milik Tentera Udara Diraja Arab Saudi.[perlu rujukan]